Dah lama tak tulis blog. Broadband ummi rosak. Banyak cerita nak kongsi dengan kawan-kawan tapi tak tahu yang mana nak cerita dulu. Hmm..oklah nak cerita pengalaman berkunjung ke KL sempena cuti kemerdekaan 31 Ogos. Abah ada ceramah kat KL dan kebetulan pula dah lama tak jumpa Angah kat Shah Alam, kami sekeluarga pun ikutlah Abah. Ummi pula nak belikan baju raya untuk tok dan tok wan. Mulanya perjalanan kami ok je tapi tiba-tiba Abah bagitau ummi ada masalah dengan temperature kereta. Saya pun tak faham apa sebenarnya masalah temperature tu. Kereta nak terbakar ke? Bila tanya ummi, ummi cakap tak de ape, tak terbakarlah kata ummi. Saya angguk jelah tapi sebenarnya masih tak faham sebab kereta masih berjalan cuma Abah bawa perlahan dan bila sampai kat Seremban terus berhenti. Selepas solat Jamak kat Surau Petronas, ada sebuah lori untuk 'towing' kereta datang. Rupanya Abah dah telefon AAM. Kereta kami pun ditarik. Pengalaman baru yang menyeronokkan. Kami sekeluarga duduk je diam-diam kat dalam kereta. Abah tak perlu lagi memandu. Mulanya macam pelik tapi dah lama oklah..Jadi bahan gurauan pulak antara kami sebab Aisyah dah mula takut dan pejam mata rapat-rapat. Sampai kat workshop kereta kena tinggal kat situ sebab tak sempat dibaiki. Saya sekeluarga terpaksa balik naik bas ke Alor Gajah. Tak jadilah nak berbuka puasa rumah Angah. Okla jugak. Dah lama tak naik bas. Kami sekeluarga duduk kat belakang sekali. Muat-muat 5 orang. Disebabkan Abah perlu memenuhi janjinya untuk ceramah, kami sekeluarga bertolak semula ke KL dengan kereta lain selepas solat terawih. Kesian Abah..nampak abah penat tapi itulah ujian dibulan Ramadhan. Kan Abah..?
Okeylah...Sampai sini saja...Saya pergi dulu...Saya ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'...Assalammualaikum.
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)