Friday, January 1, 2010

Pada bulan cuti sekolah.......

Salam....kawan2.Apa khabar?Saya harap semua sihat.Maaflah sbab dah lama kita tak berkongsi cerita.Nak tahu tak experience saya masa cuti sekolah?Kalau nak tahu,LAYAN.......

First Experience....
Masa hari pertama cuti sekolah,memang kitorang seronok sangat.Sampai terloncat atas katil 1 jam.Bangun punyalah semangat.Lepas mandi,saya terus bukak almari tempat simpan PS2.Lepas ambik apa lagi terus je pasang.Duration of playing PS2 is 2 hour.Lepas tu,punyalah kacau daun dua orang adik saya dah bangun.Kenalah bagi diorang main sebab saya dah main lama sangat.Hari kedua sampailah hari ke sembilan sama je cerita.

Second Experience.....
Bila hari ke sepuluh,kitorang sefamily pun pergi bercuti.Nak tahu bercuti kat mana?Bercuti kat KL.Takpalah asalkan bercuti jugak.Kitorang tidur kat hotel.Leasure Holiday punya.Masa dah check on,kitorang terus pergi bilik.Masa dah petang,kitorang pun bersiap nak prgi mandi kolam.Saya lah yang paling laju jalan masa nak pergi kolam.Bila dah smpai kolam,saya dengan dua orang adik saya terus terjun dalam kolam.DEBUSH!!!!Tempoh mandi kolam lebih kurang satu jam setengah kot.Kitorang tinggal dekat sana 3 hari je.Dekat sana kitorang mandi kolam je tak buat apa.MEMANG BEST!!!!

Thursday, September 3, 2009

Ujian di bulan Ramadan

Dah lama tak tulis blog. Broadband ummi rosak. Banyak cerita nak kongsi dengan kawan-kawan tapi tak tahu yang mana nak cerita dulu. Hmm..oklah nak cerita pengalaman berkunjung ke KL sempena cuti kemerdekaan 31 Ogos. Abah ada ceramah kat KL dan kebetulan pula dah lama tak jumpa Angah kat Shah Alam, kami sekeluarga pun ikutlah Abah. Ummi pula nak belikan baju raya untuk tok dan tok wan. Mulanya perjalanan kami ok je tapi tiba-tiba Abah bagitau ummi ada masalah dengan temperature kereta. Saya pun tak faham apa sebenarnya masalah temperature tu. Kereta nak terbakar ke? Bila tanya ummi, ummi cakap tak de ape, tak terbakarlah kata ummi. Saya angguk jelah tapi sebenarnya masih tak faham sebab kereta masih berjalan cuma Abah bawa perlahan dan bila sampai kat Seremban terus berhenti. Selepas solat Jamak kat Surau Petronas, ada sebuah lori untuk 'towing' kereta datang. Rupanya Abah dah telefon AAM. Kereta kami pun ditarik. Pengalaman baru yang menyeronokkan. Kami sekeluarga duduk je diam-diam kat dalam kereta. Abah tak perlu lagi memandu. Mulanya macam pelik tapi dah lama oklah..Jadi bahan gurauan pulak antara kami sebab Aisyah dah mula takut dan pejam mata rapat-rapat. Sampai kat workshop kereta kena tinggal kat situ sebab tak sempat dibaiki. Saya sekeluarga terpaksa balik naik bas ke Alor Gajah. Tak jadilah nak berbuka puasa rumah Angah. Okla jugak. Dah lama tak naik bas. Kami sekeluarga duduk kat belakang sekali. Muat-muat 5 orang. Disebabkan Abah perlu memenuhi janjinya untuk ceramah, kami sekeluarga bertolak semula ke KL dengan kereta lain selepas solat terawih. Kesian Abah..nampak abah penat tapi itulah ujian dibulan Ramadhan. Kan Abah..?

Okeylah...Sampai sini saja...Saya pergi dulu...Saya ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'...Assalammualaikum.

Sunday, August 2, 2009

Kejohanan Taekwondo..keputusannya?

Akhirnya,kejohanan taekwondo sudah bermula.Debaranku semakin kuat.Walauapapun aku terpaksa harunginya juga.Yang terkejutnya, aku bangun lebih awal daripada abah. Biasanya abah yang kejutkan. Aku pun pergilah ke bilik abah untuk kejutkan dia. Selepas selesai solat subuh aku terus menunggu kawan aku Haziq. Haziq nak ikut sekali sebab ibunya tak dapat hantar. Dia sebenarnya taekwondo sama denganku. Abah pun hantarlah aku dengan kawanku pergi KKTM (Kolej Kemahiran Teknologi MARA). KKTM tu tempat diadakan kejohanan taekwondo. Aku tengok bangunan KKTM tu pun dah takut. Abah menasihati aku supaya jangan takut. Ini baru first time aku pergi so memanglah takut sikit, cari pengalaman dulu. Soal menang atau kalah itu soal kemudian. Apabila aku melangkah masuk, aku lihat ada koryo Melaka, itu koryo aku lah tu. Ada koryo Shah Alam dan juga koryo Kluang. Aku pun tanggal kasut. Master pun check nama. Sebenarnya ada empat gelanggang, gelanggang A,B,C dan D. Aku masuk gelanggang C. Masa perlawanan pertama aku menang. Perlawanan kedua aku kalah sebab badan lawan aku besar sangat. Tapi tak apa sebab kalah tak semestinya tewas untuk selamanya. Aku akan usaha lagi.. Itu sahajalah yang dapat aku ceritakan..

Lain kali cerita lagi..Assalamualaikum.

Saturday, August 1, 2009

Sesekali bila Allah uji

Abah tak ada hari ini. Abah selalu ke Kuala Lumpur untuk berceramah. Yang tinggal kat rumah cuma saya, Ummi dan adik-adik. Hari cuti selalunya kami sekeluarga akan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Lipat baju, kemas rumah, tolong Ummi masak dan paling best..mandi sama-sama. Hari ni ada peristiwa sedih berlaku ketika saya dan adik hakim nak mandi. Tiba-tiba je adik Hakim jatuh dan matanya terkena jubin simen bilik air. Berdarah sikit..kesian Hakim. Hakim kuat, sekuat Alongnya juga..he..he..Hakim menangis sekejap je. Ummi sapukan Hakim ubat dan peluk Hakim kuat-kuat. Hakim dah tak nangis dah lepas tu. Pipi hakim lebam sikit tapi tak pe handsome jugak. Kan Hakim ? Macam tulah adik Along..Sentiasa tabah dengan ujian Tuhan..moga besar esok jadi orang soleh dan beriman. Aminn...

KEJOHANAN TAEKWANDO..Pengalaman pertama..

Esok ada kejohanan taekwando. Abah akan hantar selepas solat subuh.. Ummi nak masak nasi lemak untuk breakfast. Best tu..mesti sedap..Ummi pandai masak nasi lemak.

Perasaan makin berdebar. Inilah kejohanan pertama dalam sejarah hidupku..Macamana ya..? Siapalah yang akan menjadi lawan. Moga-moga Allah permudahkan. Pesan Ummi, ingat semua yang master ajar dan jangan lupa doa. Allah akan bagi kemenangan sekiranya itu yang terbaik untuk kita..Tak semestinya kalah itu tewas, banyak pengajaran yang boleh diperolehinya darinya. Mungkin boleh jadikan kita lebih tabah. Apa-apa pun tentulah setiap perlawanan kita akan harapkan kemenangankan .. Boleh jadikan hadiah buat Ummi dan Abah..

Bersambung esok..keputusannya akan diumumkan.. he..he..