Saturday, August 1, 2009
Sesekali bila Allah uji
Abah tak ada hari ini. Abah selalu ke Kuala Lumpur untuk berceramah. Yang tinggal kat rumah cuma saya, Ummi dan adik-adik. Hari cuti selalunya kami sekeluarga akan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Lipat baju, kemas rumah, tolong Ummi masak dan paling best..mandi sama-sama. Hari ni ada peristiwa sedih berlaku ketika saya dan adik hakim nak mandi. Tiba-tiba je adik Hakim jatuh dan matanya terkena jubin simen bilik air. Berdarah sikit..kesian Hakim. Hakim kuat, sekuat Alongnya juga..he..he..Hakim menangis sekejap je. Ummi sapukan Hakim ubat dan peluk Hakim kuat-kuat. Hakim dah tak nangis dah lepas tu. Pipi hakim lebam sikit tapi tak pe handsome jugak. Kan Hakim ? Macam tulah adik Along..Sentiasa tabah dengan ujian Tuhan..moga besar esok jadi orang soleh dan beriman. Aminn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment