Sunday, August 2, 2009

Kejohanan Taekwondo..keputusannya?

Akhirnya,kejohanan taekwondo sudah bermula.Debaranku semakin kuat.Walauapapun aku terpaksa harunginya juga.Yang terkejutnya, aku bangun lebih awal daripada abah. Biasanya abah yang kejutkan. Aku pun pergilah ke bilik abah untuk kejutkan dia. Selepas selesai solat subuh aku terus menunggu kawan aku Haziq. Haziq nak ikut sekali sebab ibunya tak dapat hantar. Dia sebenarnya taekwondo sama denganku. Abah pun hantarlah aku dengan kawanku pergi KKTM (Kolej Kemahiran Teknologi MARA). KKTM tu tempat diadakan kejohanan taekwondo. Aku tengok bangunan KKTM tu pun dah takut. Abah menasihati aku supaya jangan takut. Ini baru first time aku pergi so memanglah takut sikit, cari pengalaman dulu. Soal menang atau kalah itu soal kemudian. Apabila aku melangkah masuk, aku lihat ada koryo Melaka, itu koryo aku lah tu. Ada koryo Shah Alam dan juga koryo Kluang. Aku pun tanggal kasut. Master pun check nama. Sebenarnya ada empat gelanggang, gelanggang A,B,C dan D. Aku masuk gelanggang C. Masa perlawanan pertama aku menang. Perlawanan kedua aku kalah sebab badan lawan aku besar sangat. Tapi tak apa sebab kalah tak semestinya tewas untuk selamanya. Aku akan usaha lagi.. Itu sahajalah yang dapat aku ceritakan..

Lain kali cerita lagi..Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment