Sunday, August 2, 2009

Kejohanan Taekwondo..keputusannya?

Akhirnya,kejohanan taekwondo sudah bermula.Debaranku semakin kuat.Walauapapun aku terpaksa harunginya juga.Yang terkejutnya, aku bangun lebih awal daripada abah. Biasanya abah yang kejutkan. Aku pun pergilah ke bilik abah untuk kejutkan dia. Selepas selesai solat subuh aku terus menunggu kawan aku Haziq. Haziq nak ikut sekali sebab ibunya tak dapat hantar. Dia sebenarnya taekwondo sama denganku. Abah pun hantarlah aku dengan kawanku pergi KKTM (Kolej Kemahiran Teknologi MARA). KKTM tu tempat diadakan kejohanan taekwondo. Aku tengok bangunan KKTM tu pun dah takut. Abah menasihati aku supaya jangan takut. Ini baru first time aku pergi so memanglah takut sikit, cari pengalaman dulu. Soal menang atau kalah itu soal kemudian. Apabila aku melangkah masuk, aku lihat ada koryo Melaka, itu koryo aku lah tu. Ada koryo Shah Alam dan juga koryo Kluang. Aku pun tanggal kasut. Master pun check nama. Sebenarnya ada empat gelanggang, gelanggang A,B,C dan D. Aku masuk gelanggang C. Masa perlawanan pertama aku menang. Perlawanan kedua aku kalah sebab badan lawan aku besar sangat. Tapi tak apa sebab kalah tak semestinya tewas untuk selamanya. Aku akan usaha lagi.. Itu sahajalah yang dapat aku ceritakan..

Lain kali cerita lagi..Assalamualaikum.

Saturday, August 1, 2009

Sesekali bila Allah uji

Abah tak ada hari ini. Abah selalu ke Kuala Lumpur untuk berceramah. Yang tinggal kat rumah cuma saya, Ummi dan adik-adik. Hari cuti selalunya kami sekeluarga akan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Lipat baju, kemas rumah, tolong Ummi masak dan paling best..mandi sama-sama. Hari ni ada peristiwa sedih berlaku ketika saya dan adik hakim nak mandi. Tiba-tiba je adik Hakim jatuh dan matanya terkena jubin simen bilik air. Berdarah sikit..kesian Hakim. Hakim kuat, sekuat Alongnya juga..he..he..Hakim menangis sekejap je. Ummi sapukan Hakim ubat dan peluk Hakim kuat-kuat. Hakim dah tak nangis dah lepas tu. Pipi hakim lebam sikit tapi tak pe handsome jugak. Kan Hakim ? Macam tulah adik Along..Sentiasa tabah dengan ujian Tuhan..moga besar esok jadi orang soleh dan beriman. Aminn...

KEJOHANAN TAEKWANDO..Pengalaman pertama..

Esok ada kejohanan taekwando. Abah akan hantar selepas solat subuh.. Ummi nak masak nasi lemak untuk breakfast. Best tu..mesti sedap..Ummi pandai masak nasi lemak.

Perasaan makin berdebar. Inilah kejohanan pertama dalam sejarah hidupku..Macamana ya..? Siapalah yang akan menjadi lawan. Moga-moga Allah permudahkan. Pesan Ummi, ingat semua yang master ajar dan jangan lupa doa. Allah akan bagi kemenangan sekiranya itu yang terbaik untuk kita..Tak semestinya kalah itu tewas, banyak pengajaran yang boleh diperolehinya darinya. Mungkin boleh jadikan kita lebih tabah. Apa-apa pun tentulah setiap perlawanan kita akan harapkan kemenangankan .. Boleh jadikan hadiah buat Ummi dan Abah..

Bersambung esok..keputusannya akan diumumkan.. he..he..